دَعْوَاهُمْ APPENDIX
****************
دَعْوَاهُمْ
sebagai Penanda: Tafsiran Berlapis
bagi kemunculan-kemunculan lain
دَعْوَاهُمْ dalam al-Quran
******************
Sekarang, kita akan menerapkan tafsiran berlapis (*nested interpretation*) terhadap penggunaan lain bagi perkataan
دَعْوَاهُمْ. Ingatlah bahawa Allah menggunakan perkataan دَعْوَاهُمْ bagi kelompok manusia tersebut—bukan دَعْوَتُهُمْ, dan bukan juga ‘dua’uhum’ kerana ini merupakan perkataan-perkataan yang berbeza. دَعْوَاهُمْ bermaksud dakwaan mereka. Kita akan meneliti pandangan para pentafsir, kitab-kitab tafsir, serta kamus-kamus bahasa. Namun, terlebih dahulu, kita akan melaksanakan tafsiran berlapis dengan meneliti tanda-tanda (pada teks tersebut).
Di dalam Surah Al-A’raf (7:4-5), Allah berfirman:
Al-A'raf 7:4 وَكَمْ مِّنْ قَرْيَةٍ اَهْلَكْنٰهَا فَجَآءَهَا بَاْسُنَا بَيَاتًا اَوْ هُمْ قَآئِلُوْنَ Dan betapa banyak kelompok yang degil telah Kami binasakan, lalu kemurkaan Kami menimpa mereka pada waktu malam atau ketika mereka sedang tidur siang.
Al-A'raf 7:5 فَمَا كَانَ دَعْوٰىهُمْ اِذْ جَآءَهُمْ بَاْسُنَاۤ اِلَّاۤ اَنْ قَالُوْۤا اِنَّا كُنَّا ظٰلِمِيْنَ Apabila kemurkaan Kami menimpa mereka, tiada apa yang dapat mereka katakan melainkan, اِنَّا كُنَّا ظٰلِمِيْنَ “Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang melampaui batas.”
Ingatlah, “coterie” (kelompok eksklusif) ialah sekumpulan orang yang terikat dengan kepercayaan, keyakinan, atau ideologi rekaan yang sama, dan mereka berpegang teguh malah berkeras—terhadapnya; namun, ini tidak bermakna mereka adalah orang yang baik.
Perhatikan bahagian akhir ayat 7:5; Allah menyebut tentang satu golongan yang pengakuan mereka hanyalah: اِنَّا كُنَّا ظٰلِمِيْنَ “Kami adalah orang-orang yang melampaui batas.” Mereka mengakui bahawa mereka telah melampaui batas. Adakah mereka ini orang yang baik atau orang yang buruk? Tepuk dada tanya selera. Allah SWT menggunakan perkataan دَعْوٰىهُمْ bagi merujuk kepada golongan ini, bukan دَعْوَتُهُمْ.
Ia tidak seperti Nabi Yunus yang berkata: Al-Anbiya 21:87 لَّاۤ اِلٰهَ اِلَّاۤ اَنْتَ سُبْحٰنَكَ ۖ اِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظّٰلِمِيْنَ ۚۖ Musa dan Al-Qasas 28:16 رَبِّ اِنِّيْ ظَلَمْتُ
Ini adalah DuƐāꜤ, tetapi dalam āyah yang kita lihat Al-A'raf 7:5 دَعْوَ bermaksud dakwaan, yang merupakan perkara yang berbeza. Kita akan menyemaknya dalam kamus dan anda akan melihatnya sendiri; tidak ada sebarang ruang keraguan langsung mengenai apa yang saya sampaikan kepada anda.
Lihat satu lagi ayat dalam Surah Al-Anbiya (21:11-15):
Al-Anbiya 21:11 وَكَمْ قَصَمْنَا مِنْ قَرْيَةٍ كَانَتْ ظَالِمَةً وَّاَنْشَاْنَا بَعْدَهَا قَوْمًا اٰخَرِيْن Dan betapa banyak golongan degil yang melampaui batas telah Kami hancurkan! Kemudian, Kami bangkitkan selepas mereka satu kaum yang lain.
Al-Anbiya 21:12 فَلَمَّاۤ اَحَسُّوْا بَاْسَنَاۤ اِذَا هُمْ مِّنْهَا يَرْكُضُوْنَ ؕ Namun, apabila mereka dapat merasakan kemurkaan kami, mereka tiba-tiba mula melarikan diri daripadanya.
Al-Anbiya 21:13 لَا تَرْكُضُوْا وَارْجِعُوْۤا اِلٰي مَاۤ اُتْرِفْتُمْ فِيْهِ وَمَسٰكِنِكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْـَٔلُوْنَ Janganlah melarikan diri, tetapi kembalilah kepada kemewahan yang pernah kamu nikmati, dan kembalilah ke tempat kediaman kamu; mungkin kamu akan dipersoalkan.
Al-Anbiya 21:14 قَالُوْا يٰوَيْلَنَاۤ اِنَّا كُنَّا ظٰلِمِيْنَ Mereka berkata: “Aduhai celakanya kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang melampaui batas!”
Al-Anbiya 21:15 فَمَا زَالَتْ تِّلْكَ دَعْوٰىهُمْ حَتّٰي جَعَلْنٰهُمْ حَصِيْدًا خٰمِدِيْنَ Dan demikianlah dakwaan mereka (satu-satunya) sehingga Kami mengubah mereka menjadi tuaian yang dituai, sedang mati.
Sekali lagi, situasinya tetap sama: sekumpulan manusia yang akhirnya menerima hukuman. Dalam dua ayat terakhir, jelas bahawa ini merujuk kepada satu golongan yang terhadap mereka Allah SWT menggunakan istilah دَعْوٰىهُمْ’. Istilah دَعْوٰىهُمْ’ ini tidak ditemukan di mana-mana bahagian lain dalam al-Quran. Ia hanya muncul di empat tempat ini sahaja dua kali dalam Surah Yunus, sekali dalam Surah Al-Anbiya’ dan sekali dalam Surah Al-A’raf.
Dalam setiap kemunculannya, ia merujuk kepada satu kelompok manusia yang mempunyai ciri-ciri tertentu: mereka jahil, berdegil, berpegang pada ideologi yang salah, serta lalai terhadap tanda-tanda (kebesaran Allah).
Allah SWT menggunakan perkataan دَعْوٰىهُمْ untuk menghuraikan nya, yakni dakwaan mereka. Mereka mengemukakan dakwaan-dakwaan dan mereka-reka ideologi sendiri. Ini merupakan tafsiran yang terkandung di dalam al-Quran. Terbitan linguistik bagi perkataan دَعْوٰىهُمْ daripada al-Quran.
Comments
Post a Comment