النَّارُ - APPENDIX
*******************************
[ Petunjuk ringkas: "Api" - النَّارُ ]
"Api" - النَّارُ tersebut ialah "satu sumber cahaya buatan manusia yang sangat malap, yang disediakan dalam keadaan gelap gelita". اُولٰٓئِكَ merujuk kepada golongan yang tidak mempunyai akses kepada petunjuk langsung daripada Tuhan.
Tanggapan terhadap perkataan النَّارُ (konsep tradisional yang bersifat harfiah lazimnya diterjemahkan sebagai Api (Neraka) dialihkan kepada satu takrifan yang bersifat metaforis, psikologikal, dan konsisten dari segi struktur iaitu "satu sumber cahaya buatan manusia yang sangat malap, yang disediakan dalam keadaan gelap gelita"
النَّارُ itu merupakan cahaya ciptaan manusia yang sangat, sangat malap, yang diberikan kepada mereka yang berada dalam kegelapan mutlak.
اُولٰٓئِكَ mereka ini ialah golongan yang tidak mempunyai akses kepada petunjuk Ilahi, ataupun sebarang pengetahuan yang benar tentang Allah SWT. Apa yang mereka miliki hanyalah persepsi sendiri, reka-rekaan, gagasan khayalan; mereka belajar daripada seseorang atau individu lain semuanya sedang berada dalam keadaan yang gelap. Ia adalah sejenis maklumat yang sangat malap itulah النَّارُ.
النَّارُ melambangkan suatu keadaan penderitaan eksistensial atau psikologikal yang hebat, dan bukannya pembakaran fizikal secara harfiah atau nyalaan api material.
"kesakitan" النَّارُ berpunca daripada kesedaran yang mendalam terhadap peluang yang telah hilang, penyesalan yang amat sangat terhadap kehidupan yang disia-siakan, serta jarak yang menyeksakan daripada kebenaran Ilahi (atau kesedaran yang menyakitkan tentang kebenaran tersebut), dan bukannya penyiksaan dibakar Api yang menjulang-julang secara fizikal didalam Neraka.
النَّارُ (api/neraka) dikaitkan secara khusus kepada individu-individu yang sengaja menutup atau menolak kebenaran dalaman.
Pendedahan kepada النَّارُ dikaitkan dengan pendedahan buta kepada tokoh-tokoh yang menyalahgunakan kuasa serta kesombongan menentang realiti ketuhanan seperti golongan zalim Firaun (yang dihubungkan secara tekstual dengan arketip Abu Lahab dalam Surah Al-Masad).
********************
Comments
Post a Comment